KUALA LUMPUR: Semua Institusi Pendidikan Guru (IPG), kolej vokasional dan sekolah menengah wajib memiliki kelas prasekolah, demikian diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Menurut beliau, perluasan dan penambahan kelas prasekolah di semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) merupakan fokus kerajaan ketika ini.
Kata Fadlina, penambahan kelas prasekolah akan berlaku secara berperingkat bermula dari sesi persekolahan iaitu minggu depan.
“Penambahan ini akan berlaku dengan lebih pesat, berdasarkan keperluan dan keupayaan kita untuk memastikan komitmen kita terhadap isu prasekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Keusahawanan Permata Remaja, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata ketika ini terdapat 9,909 kelas prasekolah di seluruh negara, dan sebanyak 129 penambahan akan dibuat tahun ini.
“Kita sedang mengerakkan sebuah pasukan khas dalam enam rangka ke arah reformasi pendidikan dan salah satunya berkait rapat dengan prasekolah... dan KPM sedang memberi tumpuan penuh kepada gerakan ini,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, Pengerusi Sesi Libat Urus Reformasi Pendidikan dan Modal Insan, Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali pada sidang pleno Kongres Ekonomi Bumiputera menyuarakan pendapat bahawa kerajaan perlu mempertimbangkan usaha mewajibkan semua kanak-kanak untuk mula belajar dalam sistem prasekolah seawal usia lima tahun.
Pia Ernadya
Wed Mar 06 2024
Menurut Fadhlina, semua Institusi Pendidikan Guru (IPG), kolej vokasional dan sekolah menengah wajib memiliki kelas prasekolah.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Sesi persekolahan kembali kepada Januari-Disember pada 2026
Sesi persekolahan akan kembali bermula Januari, pada 2026, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.
Kemarau: 62 sekolah di Papar beroperasi seperti biasa, hadkan aktiviti luar bilik darjah
Sesi persekolahan di 62 sekolah di Papar beroperasi seperti biasa walaupun daerah itu diisytihar kawasan bencana kemarau.
Minggu pertama persekolahan mampu pupuk motivasi pelajar hadir ke sekolah
Sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam bilik darjah akan ditangguh terlebih dahulu pada minggu pertama.
Murid OKU teruja, bersemangat mulakan sesi persekolahan
Walaupun menghadapi kekurangan pada kedua-dua kakinya akibat Cerebral Palsy, namun tahap pemikiran Abdul Hakim Saifuddin Zulkifli selari dengan rakan sebayanya.
Sesi persekolahan 2024/2025 bermula hari ini
KPM akan meneruskan pendekatan baharu, tiada pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam bilik darjah pada minggu pertama.
Semua sekolah menengah, vokasional, IPG wajib ada kelas prasekolah - Fadhlina
Semua Institusi Pendidikan Guru (IPG), kolej vokasional dan sekolah menengah wajib memiliki kelas prasekolah.
Ramadan bukan alasan aktiviti minggu pertama persekolahan tidak boleh dilaksana - KP Pendidikan
Hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) melalui aktiviti minggu pertama adalah untuk melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.
Minggu pertama sekolah tanpa kelas akademik diteruskan
Minggu pertama persekolahan tanpa kelas akademik diteruskan pada tahun kedua sesi 2024/2025 yang akan bermula 10 Mac dan 11 Mac ini.
Kelonggaran pelajar ke sekolah berpakaian biasa beri kelegaan kepada waris
Kelonggaran diberikan kepada pelajar untuk hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa memberi kelegaan kepada keluarga terjejas banjir.
Sesi persekolahan di Kelantan lancar termasuk terjejas banjir
Sesi persekolahan di 595 sekolah menengah dan rendah di Kelantan berjalan lancar termasuk yang terkesan banjir.